Searching...
6:35 PM 0

Peminat Kecam Tindakan Nina Iskandar Buka Tudung Lepas Berhijrah


Peminat Kecam Tindakan Nina Iskandar Buka Tudung Lepas Berhijrah - Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 23, sememangnya nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan. Beliau terkenal dalam filem terbaru lakonannya berjudul "Raya Ni Mesti Khawin" yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

Sebelum ini menerusi akaun Instagram miliknya, tindakan Nina memuat video dan gambarnya yang tidak memakai tudung dan menampakkan rambut mencetuskan kontroversi dan persoalan segelintir peminatnya walaupun sudah berhijrah awal april lalu.

Hari ini menerusi Mstar Online, Nina tampil beri penjelasan sebenar punca dia membuka tudung. Katanya:

"Saya benar-benar berhijrah akhir bulan april lalu dan insyaallah ianya akan berterusan"

"Pengembaraan drama 'Raya Ni Mesti Khawin' dibuat sebelum saya berhijrah lagi, jadi tolong faham dan jangan menuduh jika tidak mengetahui perkara sebenar" katanya - Lovekl.blogspot.com

Lovekl: Memang hebat dugaan Allah beri pada kita untuk menjadi orang yang sabar.

0 comments: